Sony Xperia Z Ultra - Wi-Fi®

background image

Wi-Fi®

Gunakan sambungan Wi-Fi® untuk melayari Internet, memuat turun aplikasi atau

menghantar dan menerima e-mel. Setelah anda bersambung dengan rangkaian Wi-Fi®,

peranti anda mengingati rangkaian dan bersambung dengannya secara automatik setiap

kali anda berada dalam jarak liputan.
Sesetengah rangkaian Wi-Fi® memerlukan anda untuk log masuk ke laman web

sebelum anda boleh mendapat akses. Hubungi pentadbir rangkaian Wi-Fi® yang

berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Rangkaian Wi-Fi® yang tersedia mungkin terbuka atau dilindungi:

Rangkaian terbuka ditunjukkan oleh di sebelah nama rangkaian Wi-Fi®.

Rangkaian dilindungi ditunjukkan oleh di sebelah nama rangkaian Wi-Fi®.

Sesetengah rangkaian Wi-Fi® tidak kelihatan dalam senarai rangkaian yang ada kerana ia

tidak menyiarkan nama rangkaiannya (SSID). Jika anda tahu nama rangkaian tersebut, anda

boleh menambahnya secara manual pada senarai rangkaian Wi-Fi® anda yang tersedia.

Untuk menghidupkan Wi-Fi®

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Ketik suis hidup-mati untuk menghidupkan fungsi Wi-Fi®.

Beberapa saat mungkin diperlukan sebelum Wi-Fi® didayakan.

Untuk menyambung kepada rangkaian Wi-Fi® secara automatik

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Ketik suis hidup-mati untuk menghidupkan fungsi

Wi-Fi. Semua rangkaian Wi-Fi®

yang tersedia dipaparkan.

4

Ketik rangkaian Wi-Fi® untuk bersambung dengannya. Untuk rangkaian selamat,

masukkan kata laluan yang berkenaan. dipaparkan dalam bar status setelah

anda disambungkan.

Untuk mencari rangkaian baru yang tersedia, ketik , kemudian ketik

Muat semula. Jika anda

tidak berjaya menyambung ke

Wi-Fi rangkaian, rujuk tip pencarisilapan yang berkaitan untuk

peranti anda di

www.sonymobile.com/support/

.

32

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menambah rangkaian Wi-Fi® secara manual

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Ketik >

Tambah rangkaian.

4

Masukkan maklumat

Nama rangkaian (SSID) yang diperlukan.

5

Untuk memilih jenis keselamatan, ketik medan

Keselamatan.

6

Jika diperlukan, masukkan kata laluan.

7

Untuk menyunting beberapa pilihan lanjutan seperti tetapan proksi dan IP,

tandakan kotak semak

Pilihan lanjutan, kemudian sunting seperti yang

dikehendaki.

8

Ketik

Simpan.

Hubungi pentadbir rangkaian Wi-Fi® anda untuk mendapatkan SSID rangkaian dan kata

laluan.

Tetapan Wi-Fi®

Apabila anda bersambung dengan rangkaian Wi-Fi® atau apabila terdapat rangkaian Wi-

Fi® tersedia dalam kawasan sekitar anda, status rangkaian ini boleh dilihat. Anda juga

boleh dayakan peranti anda untuk memberitahu anda apabila rangkaian Wi-Fi® terbuka

dikesan.
Jika anda tidak bersambung dengan rangkaian Wi-Fi®, peranti anda menggunakan

sambungan data mudah alih untuk mengakses Internet (jika anda telah menyediakan dan

mendayakan sambungan data mudah alih pada peranti anda). Dengan menambah dasar

tidur Wi-Fi®, anda boleh menentukan masa untuk bertukar daripada Wi-Fi® kepada

data mudah alih.

Untuk mendayakan pemberitahuan rangkaian Wi-Fi®

1

Hidupkan Wi-Fi®, jika ia belum lagi dihidupkan.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

4

Ketik >

Lanjutan.

5

Seret penggelangsar di sebelah

Pemberitahuan rangk. ke kanan.

Untuk melihat maklumat terperinci tentang rangkaian Wi-Fi® yang disambungkan

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan >Wi-Fi.

3

Ketik rangkaian Wi-Fi® yang sedang bersambung dengan anda. Maklumat

terperinci rangkaian dipaparkan.

Untuk menambahkan dasar tidur Wi-Fi®

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Ketik , kemudian ketik

Lanjutan > Biarkan Wi-Fi aktif smsa tidur.

4

Buat pilihan.

WPS

WPS (Persediaan Dilindungi Wi-Fi®) ialah standard pengkomputeran yang membantu

anda mewujudkan sambungan rangkaian wayarles yang selamat. Jika anda mempunyai

sedikit pengetahuan latar belakang keselamatan wayarles, WPS memudahkan anda

menyediakan penyulitan Akses Dilindungi Wi-Fi (WPA) untuk memastikan rangkaian anda

selamat. Anda juga boleh menambahkan peranti baru pada rangkaian yang sedia ada

tanpa memasukkan kata laluan yang panjang.
Gunakan salah satu kaedah ini untuk mendayakan WPS:

Kaedah butang tolak – tolak sahaja butang pada peranti disokong WPS, contohnya,

penghala.

Kaedah PIN – peranti anda mewujudkan PIN rawak (Nombor Pengenalan Peribadi), yang

anda masukkan pada peranti disokong WPS.

33

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk bersambung ke rangkaian Wi-Fi® menggunakan butang WPS

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Hidupkan Wi-Fi®, jika belum dihidupkan lagi.

4

Ketik >

Lanjutan > Butang Tekan WPS, kemudian tekan butang WPS pada

peranti yang disokong WPS.

Untuk bersambung ke rangkaian Wi-Fi® menggunakan PIN WPS

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Hidupkan Wi-Fi®, jika belum dihidupkan lagi.

4

Ketik >

Lanjutan > Masukan PIN WPS.

5

Pada peranti yang disokong WPS, masukkan PIN yang muncul pada peranti

anda.