Persediaan Satu sentuhan
Anda boleh gunakan fungsi persediaan One-touch untuk melancarkan persediaan
beberapa ciri secara automatik yang berfungsi secara wayarles antara dua peranti
Xperia™ Sebagai contoh, anda boleh gunakan persediaan One-touch untuk
melancarkan konfigurasi tetapan asas untuk pencerminan Skrin dan Xperia Link™.
Sebaik saja anda lengkapkan persediaan, anda kemudiannya hanya perlukan satu
sentuhan setiap kali untuk melancarkan ciri-ciri ini.
Fungsi persediaan Satu sentuhan diaktifkan menggunakan NFC. Untuk maklumat lanjut
tentang penetapan pencerminan Skrin, Pelayan Media, NFC dan Bluetooth® pada
peranti anda, rujuk bahagian berkaitan panduan Pengguna ini.
Untuk memulakan persediaan Satu sentuhan pada peranti anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Kesambungan Xperia™ > Persediaan satu sentuhan.
Fungsi NFC dihidupkan secara automatik.
3
Pastikan fungsi NFC pada peranti Xperia™ lain dihidupkan.
4
Pastikan skrin kedua-dua peranti dibuka kuncinya dan aktif.
5
Rapatkan kedua-dua peranti supaya kawasan pengesanan NFC setiap peranti
bersentuhan antara satu sama lain. Fungsi persediaan satu sentuhan dilancarkan
secara automatik.
Kedua-dua peranti mesti menyokong fungsi persediaan Satu sentuhan.
116
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.