Sony Xperia Z Ultra - Merakamkan skrin anda

background image

Merakamkan skrin anda

Anda boleh menggunakan ciri rakaman skrin untuk menangkap video yang

menayangkan apa yang berlaku pada skrin peranti anda. Ciri ini adalah berguna,

contohnya, apabila anda ingin membuat tutorial atau merakam video anda bermain

permainan pada peranti anda. Klip video yang dirakam disimpan secara automatik dalam

Album.

1

Minimumkan/Teruskan tetingkap skrin rakaman

2

Rakamkan skrin anda

3

Rakamkan skrin anda apabila kamera depan diaktifkan

4

Akses tetapan rakaman skrin

5

Tutup tetingkap rakaman skrin

Untuk merakamkan skrin anda

1

Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga tetingkap gesaan muncul.

2

Ketik .

3

Selepas tetingkap rakaman skrin dibuka, ketik . Fungsi rakam skrin dimulakan

dan butang pemasa dipaparkan.

4

Untuk menghentikan rakaman, ketik butang pemasa, kemudian ketik .

Untuk merakamkan skrin anda apabila kamera depan diaktifkan

1

Apabila tetingkap rakaman skrin dibuka, ketik . Satu tetingkap yang

menunjukkan pemidang tilik kamera hadapan dibuka.

2

Untuk mula merakamkan skrin dan video anda yang ditangkap oleh kamera

depan, ketik .

3

Untuk menghentikan rakaman, ketik butang pemasa, kemudian ketik .

4

Untuk menutup tetingkap pemidang tilik kamera depan, ketik .

Untuk merakam foto pegun menggunakan kamera depan semasa anda merakam skrin, seret

dalam pemidang tilik kecil untuk mengembangkan paparan, kemudian ketik .

23

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk melihat rakaman skrin terbaru

Seret bar status ke bawah, kemudian ketik untuk melihat rakaman terbaru skrin

anda.

Anda juga boleh melihat rakaman skrin anda dalam aplikasi Album.