Membuat sandaran dan memulihkan kandungan
Secara amnya, anda tidak sepatutnya menyimpan foto, video dan kandungan peribadi
lain semata-mata pada memori dalaman peranti anda. Jika sesuatu berlaku pada
perkakasan, atau jika peranti anda hilang atau dicuri, data yang disimpan pada memori
dalamannya akan hilang selama-lamanya. Anda disyorkan untuk menggunakan perisian
Xperia™ Companion bagi membuat sandaran yang akan menyimpan data anda dengan
selamat ke komputer, iaitu peranti luaran. Kaedah ini amat disyorkan terutamanya jika
anda mengemas kini perisian peranti anda ke versi Android yang terbaru.
Dengan menggunakan aplikasi Sandaran & Pemulihan, anda boleh membuat sandaran
tetapan asas dan data dalam talian dengan pantas menggunakan akaun Google™ anda.
Penting agar anda mengingati kata laluan yang anda tetapkan semasa anda membuat
sandaran data. Jika anda terlupa kata laluan, data penting seperti kenalan dan mesej mungkin
tidak dapat dipulihkan.
Menyandarkan data ke komputer
Gunakan perisian Xperia™ Companion untuk menyandarkan data dari peranti anda ke
PC atau komputer Apple
®
Mac
®
. Anda boleh menyandarkan jenis data berikut:
•
Kenalan dan log panggilan
•
Mesej teks
•
Kalendar
•
Tetapan
•
Fail media seperti muzik dan video
•
Foto dan imej
Untuk menyandarkan data anda menggunakan komputer
1
Pastikan bahawa Xperia™ Companion untuk Windows
( http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion ) atau Xperia™
Companion untuk Mac OS
( http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion-mac ) dipasang pada PC
atau Mac
®
anda.
2
Sambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB.
3
Komputer: Buka perisian Xperia™ Companion jika ia tidak dilancarkan secara
automatik. Selepas beberapa ketika, komputer mengesan peranti anda.
4
Pilih
Sandaran pada skrin utama.
5
Ikut arahan pada skrin untuk membuat sandaran data dari peranti anda.
135
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk memulihkan data anda menggunakan komputer
1
Pastikan bahawa Xperia™ Companion untuk Windows
( http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion ) atau Xperia™
Companion untuk Mac OS
( http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion-mac ) dipasang pada PC
atau Mac
®
anda.
2
Sambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB.
3
Komputer: Buka perisian Xperia™ Companion jika ia tidak dilancarkan secara
automatik.
4
Klik
Pulihkan.
5
Pilih fail sandaran daripada rekod sandaran, kemudian ketik
Seterusnya dan ikut
arahan pada skrin untuk memulihkan data ke peranti anda.
Menyandarkan data dengan aplikasi Sandaran & Pemulihan
Menggunakan aplikasi Sandaran & Pemulihan, anda boleh menyandarkan data secara
manual atau menghidupkan fungsi penyandaran automatik untuk menyimpan data
secara berkala.
Aplikasi Sandaran & Pemulihan disyorkan untuk penyandaran data sebelum anda
melakukan tetapan semula data kilang. Dengan aplikasi ini anda boleh sandarkan jenis
data berikut ke kad SD atau ke peranti storan luaran yang anda sambungkan dengan
penyesuai Hos USB ke peranti anda:
•
Penanda buku
•
Tetapan sistem
•
Kenalan
•
Perbualan
•
Data kalendar
•
Fail media
Bergantung kepada versi aplikasi Sandaran & Pemulihan yang dipasang pada peranti anda,
anda mungkin tidak dapat menyandarkan dan memulihkan data antara versi Android yang
berbeza, contohnya, semasa mengemas kini daripada Andriod versi 4.4 kepada versi 5.0.
Walau bagaimanapun, jika anda menjalankan versi 1.1 (atau yang lebih baru) aplikasi Sandaran
& Pemulihan, anda boleh memulihkan data antara kemas kini itu. Anda boleh menyemak versi
aplikasi Sadaran & Pemulihan di bawah
Tetapan > Aplikasi > Semua > Sandarkan & pulihkan.
Untuk membuat sandaran kandungan menggunakan aplikasi Backup dan pulihkan
1
Jika anda membuat sandaran kandungan ke peranti storan USB, pastikan peranti
storan disambungkan ke peranti anda menggunakan kabel yang sesuai. Jika anda
membuat sandaran ke kad SD, pastikan kad SD itu dimasukkan dengan baik ke
peranti anda.
2
Dari Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Sandar & Pulihkan.
4
Ketik
Sandarkan, kemudian pilih destinasi sandaran dan jenis data yang ingin
anda sandarkan.
5
Ketik
Sandarkan sekarang.
6
Masukkan kata laluan untuk sandaran, kemudian ketik
OK.
Untuk memulihkan kandungan menggunakan aplikasi Sandar dan pulihkan.
1
Jika anda memulihkan kandungan dari peranti storan USB, pastikan peranti storan
disambungkan pada peranti anda menggunakan kabel yang sesuai. Jika anda
memulihkan kandurngan dari kad SD, pastikan kad SD dimasukkan dengan betul
ke dalam peranti anda.
2
Dari Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Sandar & Pulihkan.
4
Ketik
Pulihkan.
5
Pilih rekod yang anda ingin pulihkan, kemudian ketik
Pulihkan sekarang.
6
Masukkan kata laluan untuk rekod sandaran, kemudian ketik
OK.
Ingat bahawa sebarang perubahan yang anda lakukan pada data dan tetapan anda selepas
anda membuat sandaran akan dipadamkan semasa prosedur pemulihan.
136
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.