Sony Xperia Z Ultra - Mencari peranti yang hilang

background image

Mencari peranti yang hilang

Jika anda mempunyai akaun Google™, perkhidmatan web “Protection by my Xperia”

dapat membantu anda mengesan dan melindungi peranti anda jika hilang. Jika anda

sudah mengaktifkan perkhidmatan ini pada peranti anda atau di

myxperia.sonymobile.com

, anda boleh:

Kesan peranti anda pada peta.

Bunyikan isyarat walaupun jika peranti dalam mod senyap.

Kunci peranti dari jauh.

Kosongkan ingatan dalaman dan luaran pada peranti secara jauh, sebagai jalan terakhir.

Perkhidmatan “Protection by my Xperia” saya mungkin tidak tersedia di semua negara/rantau.

Untuk mengaktifkan perkhidmatan Protection by my Xperia pada peranti anda

1

Pastikan anda mempunyai sambungan data yang aktif.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Keselamatan > Perlindungan oleh my Xperia >

Aktifkan.

4

Sekiranya anda mengaktifkan perkhidmatan itu untuk kali pertama, tandai kotak

pilihan untuk bersetuju dengan terma dan syarat penggunaan perkhidmatan

Protection by my Xperia, kemudian ketik

Terima.

5

Jika digesa, daftar masuk ke akaun Google™ anda atau buat akaun baru jika

anda tidak mempunyai akaun.

6

Dayakan perkhidmatan lokasi pada peranti anda jika fungsi ini belum didayakan.

Untuk mengesahkan bahawa perkhidmatan Protection by my Xperia dapat mengesan peranti

anda selepas anda mengaktifkan perkhidmatan, pergi ke

myxperia.sonymobile.com

dan daftar

masuk menggunakan akaun Google™ yang telah anda sediakan pada peranti anda.

Harap maklum bahawa sekiranya anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna,

perkhidmatan Protection by my Xperia hanya boleh digunakan oleh pengguna yang melog

masuk sebagai pemilik.

131

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.